
DISCOVER KOPI KAMI
"Cap Cikgu" adalah jenama ikonik yang dikenali oleh pelanggan lebih daripada 30 tahun. Inspirasi ini adalah dari pengasas iaitu Encik Chua Gi yang ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya yang banyak memberi sokongan kepada beliau. Selain daripada Cap Cikgu, Cap Heng Loong dan Cap Penyu Kaw juga disukai oleh pelanggannya di Malaysia.
Heng Loong Coffee sentiasa berusaha untuk mengeluarkan kopi tradisional yang bermutu tinggi. Kami menggabungkan unsur-unsur teknologi tinggi, kawalan kualiti dan kajian yang berterusan untuk memenuhi jaminan kualiti yang diperakui supaya rasa asli kopi Heng Loong akan sentiasa kekal.
Heng Loong Coffee terus bersatu padu, bergerak maju dan memperkenalkan kopi "CAP CIKGU" ke seluruh negara dan luar negara.
A FAMILY-MADE DIFFERENCE
Pengasas Heng Loong - Encik Chua Gi mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pengeluaran kopi. Pada tahun 2007, syarikat Heng Loong ditubuhkan secara rasmi di bawah nama Perniagaan Serbuk Kopi Dan Teh Heng Loong dan seterusnya ditukar kepada Heng Loong Coffee Sdn Bhd pada tahun 2018. Terdapat beberapa jenama seperti Heng Loong Coffee dan Penyu Kaw telah diusahakan di bawah syarikat ini.
Heng Loong merupakan syarikat yang yang berkomitmen untuk yang terbaik di mana pengurusan syarikat dikendali oleh keluarga Encik Chua Gi dan disertai oleh pekerja-perkerja yang berpengalaman dan bersatu padu untuk memajukan syarikat.
Dengan satu matlamat, satu inspirasi, kami bertekad untuk bergerak maju dan memperkenalkan kopi "CAP CIKGU" ke seluruh negara dan juga ke luar negera.

ASAS PENYEDIAN BIJI KOPI
-
PENGISARAN
Kehalusan biji kopi merupakan faktor utama yang menentukan keharuman dan aroma kopi yang dihidang.
-
PEMANGGANG
Adalah proses memanggang kopi untuk mengawal rasa kopi sebenar.

-
KESEGARAN
Hanya biji kopi yang segar dan berkualiti tinggi boleh digunakan.
-
PEMBUNGKUSAN
Kopi mestilah dibiar sejuk sebelum dibungkus. Kira-kira 12 jam selepas proses pemanggang.
TETAP TERHUBUNG
Ikuti kami di akun sosial kami untuk mendapatkan konten yang lebih “lazat”.